Aktiviti Sekolah

Isnin, 8 Disember 2014

Sejarah Sekolah





SMK Tun Syed Zahiruddin merupakan sebuah sekolah menengah baru yang dibuka di Negeri Melaka pada tahun 2011. Ia terletak di Kg Ayer Tawar, Merlimau di dalam Daerah Jasin.

Penubuhan sekolah ini dibuat kerana kepadatan bilangan murid di sekolah-sekolah menengah berhampiran  seperti SMK Datuk Abdul Rahman Yaakubdan  SMK Dang Anum.  Sekolah ini mula di bina pada tahun 2008 dengan kos pembinaan RM 28 juta dibawah RMK Ke 10 dan siap sepenuhnya pada 1 November 2010. Ia dibina di kawasan seluas 25 ekar dan luas kawasan untuk bangunan pendidikan dan kemudahan asas yang lain adalah 15 ekar.

Sekolah ini menawarkan pendidikan menengah daripada tingkatan 1 dan 5 dengan 30 buah bilik darjah. Selain itu ia mempunyai sebuah dewan tertutup, dewan terbuka, kemudahan padang permainan, kantin, bengkel kemahiran hidup, makmal sains, surau, pusat sumber, pusat ICT, bilik rawatan dan lain-lain kemudahan yang serba lengkap dan cukup.

SMK Tun Syed Zahiruddin  memulakan sesi persekolahannya yang pertama pada 3 Januari 2011 dengan jumlah murid seramai 330 orang ( 91% Melayu, 8% Cinadan 1% India ) dan guru seramai 25 orang ( 10 guru lelaki dan 15 guru perempuan ) serta 3 staf sokongan. Pengetua yang pertama adalah En Mat Johan bin Jahis.

Kelas yang dibuka adalah sebanyak 11 buah bilik darjah yang terdiri daripada Tingkatan 1 ( 4 buah kelas ), Tingkatan 2 ( 4 buah kelas ) danTingkatan 4 ( 3 buah kelas ). Bagi membezakan kelas, nama permata telah digunakan iaitu Berlian, Delima, Mutiara, Nilam, Permata dan Zamrud. Sekolah ini juga menawarkan kelas Sains Tulin kepada murid tingkatan 4.

Murid tingkatan 2 dan tingkatan 4 berasal dari SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub, SMK Dang Anum dan SMK Sg Rambai yang tinggal berdekatan dengan sekolah ini. Manakala murid tingkatan 1 daripada sekolah-sekolah kebangsaan  ( SK ) dan sekolah jenis kebangsaan Cina  ( SJKC ) yang berhampiran sekolah ini.

Pada asalnya sekolah ini dinamakan sebagai SMK Ayer Tawar sempena dengan kawasan ia didirikan. Nama ini telah ditukar kepada SMK Tun Syed Zahiruddin sebagai mengenang jasa Yang Di-Pertua Negeri Melaka yang ke 4 iaituTun Syed Zahiruddin b Syed Hassan.