Bendera SMKTSZ |
Lencana SMKTSZ |
Biru – melambangkan perpaduan murid SMKTSZ yang
berbilang bangsa bersatupadu serta berusaha dalam memajukan pembangunan sekolah
berasaskan sains dan teknologi.
Kuning – mendokong dan menghormatil unas-lunas
perlembagaan dan Falsafah Rukun Negara
Merah – lambang keberanian dan bersedia
menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan SMKTSZ sebagai
sebuah sekolah yang berilmu, berwawasan dan cemerlang
Hijau – melambangkan kesuburan fizikal, dan
mental serta sekolah ini berada dalam Negeri Melaka Berteknologi Hijau
Putih – melambangkan kesucian, keikhlasan dan
kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan murid yang beradab, berkebudayaan
dan berkeperibadian Malaysia.
Bentuk gear dan geometri – melambangkan kepentingan sains dan
teknologi dalam pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju
Gelunganrantai – sukan sebagai aktiviti dalam melahirkan
murid yang sihat, cergas dan cerdas
Bentuk logo sekolah
seperti plak – bermaksud sekolah sentiasa ingin berjaya dan cemerlang dalam apa
jua bidang yang diceburi
Tun Syed Zahiruddin – nama Tuan Yang Terutama Melaka yang
keempat dan nama ini telah diambil sebagai nama sekolah bagi mengenang jasa
beliau
Kesemua
simbol yang terdapat dalam lencana dan bendera sekolah di atas menggambarkan hasrat dan cita-cita
murni SMKTSZ untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan cemerlang dalam semua
bidang serta pelajar-pelajar yang mampu menghadapi cabaran dan mengisi wawasan
diri, keluarga dan Negara.
* (Kedua-duanya membawa maksud yang sama)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan