Aktiviti Sekolah

Selasa, 16 September 2014

Bendera & Lencana Sekolah

Bendera SMKTSZ



Lencana SMKTSZ



Biru – melambangkan perpaduan murid SMKTSZ yang berbilang bangsa bersatupadu serta berusaha dalam memajukan pembangunan sekolah berasaskan sains dan teknologi.

Kuning – mendokong dan menghormatil unas-lunas perlembagaan dan Falsafah Rukun Negara

Merah – lambang keberanian dan bersedia menghadapi segala rintangan dan cabaran dalam usaha meletakkan SMKTSZ sebagai sebuah sekolah yang berilmu, berwawasan dan cemerlang

Hijau – melambangkan kesuburan fizikal, dan mental serta sekolah ini berada dalam Negeri Melaka Berteknologi Hijau

Putih – melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan murid yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Bentuk gear dan geometri – melambangkan kepentingan sains dan teknologi dalam pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju

Gelunganrantai – sukan sebagai aktiviti dalam melahirkan murid yang sihat, cergas dan cerdas
Bentuk logo sekolah seperti plak – bermaksud sekolah sentiasa ingin berjaya dan cemerlang dalam apa
jua bidang yang diceburi

Tun Syed Zahiruddin – nama Tuan Yang Terutama Melaka yang keempat dan nama ini telah diambil sebagai nama sekolah bagi mengenang jasa beliau

Kesemua simbol yang terdapat dalam lencana dan bendera sekolah di atas menggambarkan hasrat dan cita-cita murni SMKTSZ untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan cemerlang dalam semua bidang serta pelajar-pelajar yang mampu menghadapi cabaran dan mengisi wawasan diri, keluarga dan Negara.

 * (Kedua-duanya membawa maksud yang sama)


Lagu Sekolah

Bersama  kitaberusha
Membina kecemerlangan
Memantapkan ilmu di dada
Menjadi insan terbilang
SMKTSZ sekolah pilihan
Berusaha tingkatkan pencapaian
Menjana transformasi gemilang
Menuju kejayaan
Pendidikan berkualiti
Berlandaskan satu Malaysia
Bersama cogankata dijulang

BERILMU BERWAWASAN CEMERLANG
BERILMU BERWAWASAN CEMERLANG